HaTi SaYa AdA sAtU..TaPi AdA McM2 CeRiTa DiDaLaMnYe....

Sunday 25 December 2011

yes!! now i'am realize

Tadi tgk dvd AKU BUKAN TOMBOY  dengan hubby dirumah ...buat pengetahuan semua aku ni suke layan malay movie ..lagi2 cerita cinta :) hindustan pon layan jugak ..cume skarang dah kurang sket ...bukan apa...kalau dulu masa masih anak dara , single mingle...cerita2 cinta begini boleh membuatkan hati aku terbuai2 bersama ...berangan sekali yang aku ini adalah heroin yang menjadi rebutan . ramai lelaki nak kawan ... percintaan sungguh romantis sama seperti dalam filem yang aku tonton ...

Hakikatnya..habis je movie tu ...pop!!! semua anganan tadi ilang ...aku kembali seperti sedia kala ...sunyi..sepi sambil memikir siapalah yang akan berkahwin dengan aku ...adakah dengan org yang akan sedang berkawan atau mungkin orang lain? umo berapa pulak aku menamatkan zaman bujang dan menjengah satu fasa kehidupan berkeluarga sendiri ? ada ke orang nak kat aku ni ?? macam2 persoalan bermain didalam minda aku sebagai anak dara yang sudah selayaknya menuju gerbang perkahwinan ..hehe..tak taw la org lain .tapi itu lah aku ..


Tak tenang kan asyik fikirkan hal2 seperti itu ? bila nampak kawan2 seusia sudah ada kehidupan sendiri seronoknya la hai .. pastu ada BABY  lagi ...cumil2 plak tu ..bahagianya la hai . bila la turn aku ??...

Kawan aku pernah kata, PERKAHWINAN akan memberikan satu perasaan ketenangan yang amat sangt . betul ke? tenang macam mana ?

Yes! pada aku apa yang kawan aku cakap tu BETUL !...ALLAH memberikan satu perasaan ketenangan yang amat sangt didalam sebuah ikatan perkahwinan .setelah 7 bulan aku melalui alam perkahwianan , hari ini aku BETUL2 PERASAN akan ketenangan itu..itu lah yang aku terfikir bila tonton dvd AKU BUKAN TOMBOY tadi...kalau sekarang ni aku masih belum berkahwin apa aku buat ? rutin seperti biasa...sms memanjang ..kawan kemain ramai ..entah mana satu yang betul2 ikhlas dengan diri ini ...kalau pon die tu boyfren aku , belum pasti lagi dia adalah suami aku kelak...kalau org itu layan gentleman sket , hati dah berbunga2 sorang2..syok sendiri je! perasan ! hakikatnya?? sampai bila nak macam tu ? tak tenang kan ?

Tapi ..kini ,bila sudah mendirikan rumah tangga, hati aku tak gelisah seperti dulu ..tak perlu berfikir seperti dulu kerana aku sudah ada yang halal disisiku :) aku sudah jumpe tulang rusuk kiriku yang hilang ..tidak ada apa yang perlu dirisau kan lagi ...semoga allah terus memberikan aku peluang merasai ketenangan ini hingga akhir nafas ku ..amin ....



Monday 26 September 2011

UnTuk Ku dan UnTuKmu Jua....

Ha..sesuai dengan keadaan sekarang...tentu sahaja lin mencari tips2 berkaitan dengan kehamilan...dan apa yg lin  jumpa akan lin kongsi bersama para ibu dan bakal ibu di luar sana........

Yang perlu dielakan semasa kehamilan :

1) Aspirin

merupakan sejenis ubat yang akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, ini akan mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2)Alkohol -
ia akan meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar

3)Litium
ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4)Vitamin A -
jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat

5)Tetrasaiklin -
sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6)Ubat penahan sakit -
boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7)Rokok -
ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

8)Hentikan kegiakan lasak -
seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

9)Minuman tertentu -
kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh
mengancam bayi dalam kandungan.

10)Makanan -
makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

PEMAKANAN DIGALAKKAN UNTUK IBU HAMIL:

- Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dantelur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, kejudan tofu.


Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan. 

Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelasjus oren.

Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi darikekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.


Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.

Zat Besi - Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.

Monday 19 September 2011

BaGaiKaN MimPi 2 ~~

ha....kita smbung cerita bagaikan impian ye..ini bahagian 2 :) ye..walaupun handbag yang lin beli tu ibarat galang ganti kepada handbag yang betul2 lin minat tu , lin tetap sayang die ...kadang2 pikir, galang ganti ni lebih sesuai dengan lin jika dibandingkan dengan handbag yg betul2 lin nak tu ...warnanya pon sangat sesuai dengan semua jenis dan warna baju yang akan lin pakai ...tidak menyesal memilih galang ganti...full stop..hehehe.... 


oleh kerana galang ganti ni dah menjadi sebahagian family member lin, maka, dengan rasminya lin ingin menamakan sebagai MAMARO ..cute x? hehhe...moncici ada..mamaro ada....:) 


ok ..nak dipendekkan cerita.. ..selepas sahaja berjaya membeli mamaro tadi , masuk je kereta , terus lin cakap kat encik suami " abang ...lin nak pakai terus handbag fossil ni bley ?" encik suami pon membalas " pakai la...buat pe beli kalau nak simpan " ..dengan itu ...sepantas kilat lin pencapai mamaro yang duduk di seat belakang moncici ...lin pindahkan barang2 yang terdapat dalam vincci ke dalam mamaro ....bukan lin tak sayang vincci taw..cume nak rehatkan tubuh badan vincci je ...musti sakit2 badan die kerana membawa bebanan barang2 lin yang banyak tu...vincci rehat dulu ye....bila2 sesuai lin gune vincci balik k :) 


malamnya ~~~~


lin dan encik suami berkunjung ke rumah PAMAN(gelaran pakcik bagi orang jawa) jamal ...pakcik kepada encik suami ...makan lagi..mmg kenyang gler la ..tak payah masak satu hari tuuuu......kira2 jam 9.30 malam, kami semua (termasuk family sebelah suami ) ingin berangkat pulang dari rumah paman jamal ..ingatkan nak balik rumah terus...sebb penattttttttt la sangt .....tetapi rupe2nye mereka semua ajak pergi ICT SHAH ALAM ...saja nak bawak mak mertua jalan2....ok.....lin ikut jek .....lagipon lama dah tak p sana setelah banyak penambahan di ICT tersebut ..
maka dengan ini lin pamerkan gambar2 yang sempat di rakamkan sekitar ICT SHAH ALAM 








dengan encik suami terchenta...tgk tu..mamaro pon ada jugak dalam gamba ni :) hehehe


penat berjalan ni ...duduk jap 


praktis ke ?? hehe....encik suami bersama iman ..


kak sue n abang ijan..buat apa ntah mereka


BaGaIkAn MiMpI

hai kawan2...rasanya dah beberapa hari lin tak tulis blog kan ..kenapa yer ?...ini adalah kerana kebosanan lin telah hilang dek kerana encik suami telah pun  pulang pada 15sept 2011 jam 12 malam :) waaaaa...seronok sangt .. lebeh kurang 10 hari tidak bersua muka, haruslah lin sangt exited kan ...hehehe..bagaikan mimpi rasanya :) 

keesokan harinya pada 16 sept 2011 bersamaan dengan hari jumaat , bersamaan juga dengan cuti umum penubuhan 1 malaysia , lin dan encik suami mula berjalan dan berjalan ....bermula dengan rumah terbuka kak murni (kakak suami) di sungai buluh ..agak lama juga berada dirumah kak murni ni ...dari tengahari hinggalah ke lewat petang ....ramai yang berkumpul ..mak mertua, abah mertua, ipar duai  pun ada memeriahkan majlis ...nge..nge..nge...

Jam 7.30 kami kami sampai di teratak sewa kami di kota damansara. en suami suruh solat maghrib dulu then katanya nak pergi sunway pyramid untuk mencari barang impian lin ....waaaa??????? yer ke ni ?? lin akan dapat barang impian lin ke  kejap lagi ?? bagaikan mimpi rasanya :)..wink2...~~~.tapi barang impian lin banyak tu ,...mana satu ni ?hehhe


sesampainya di sunway pyramid kaki terarah mengikut encik suami melihat gajet impiannya iaitu lappy ....muncung lin sudah sedikit keluar ...yer la ..kata nak p bli barang impian lin...jam nak dekat kul 10 ...nnt butik tu tutup plak ...:( ..setelah show off kan muncung tadi kat encik suami , dengan segera kami terus mencari butik itu 


ha??? pintu dah tutup separuh ??tak kira2..nak masuk jugak ...lin dan encik suami membongkokkan sedikit badan bagi membolehkan kami meloloskan badan kedalam butik itu ....kali ini muncung lin bertambah panjang 1 inci .mana tak nya ..lin tak nampak pon barang impian lin tu di tempatnya seperti yang telah lin dan encik suami lihat pada minggu ke3 ramadahan lalu ....:(


muncung lin tambah lagi satu inci bila akak kat butik tu kata ..barang impian lin tu telah diterbangkan ke US semula kerana telah tamat season ..dan tidak akan dihantar semula kesini ..uwaaaaaa....adakah ini bermakna mimpi indah lin untuk memiliki barang impian tersebut telah musnah ??? tak mungkin .......:( 




encik suami cuba pujuk hati lin...tapi pujuk cra die la...heheh...katanya esok nak cube cari dekat one utama pulak ..mana taw ada rezeki pulak ...


esoknya pagi2 bangun ...sebelum ke OU , lin dan encik suami berkunjung ke rumah terbuka kak nor shamilah dan kak rafeah di subang bestari ...setelah itu dengan begitu terujanya kammi menyambung perjalanan ke one utama ..hehehe


sesampainya di butik itu .....haaaaaa??????? dah takde jugak ?? tamat season ?? waaaaaaaaaaaaaaa..sedeynyaaaaaaaaaaaaaaaaaa...tak bley terima...:( ..muke encik suami biasa jek ..yer la..bukan barang impian die ..huhuhu...gajet impian die tu senang cari ..tak limited...


dengan jiwa yang lara lin usha2 jugak barang lain (sama jenis dengan barang impian ) yang ada dalam butik tu ...tetibe mata terbekenan plak dengan satu barang ni ..design sama dah ...warna jek lain ...encik suami kata die tak minat ...sebab macam berkilat2...


alaaaa...tak bes la nak pakai kalau encik suami tak suke (tapi bukan die yang pakai pon )hehehe...berbelah bagi plak hati ni ...dengan langkah yang layu ..kami keluar dari butik itu ...mmg masam mencuka muke lin ....cuka pon tak masam macam tu bila xdapat bli brang impian ....kami pon duduk kejap di bangku yang ada di mall itu ..sambil borak2 dengan encik suami tentang barang impian dan juga barang yang lin terbekenan nnt ...encik suami pesan ...jangan paksa nak beli brang yang kita tak minat ..nnt menyesal macam die ..tapi lin kata barang impian lin tu entah bila akan datang design yang macam tu lagi ..yang ada kat butik tu boleh tahan juga..boleh jadi galang ganti ...encik suami harap lin takkan menyesal setelah memilih galang ganti itu nnt ....


kami ke butik itu semula, belek2 dan lin cakap kat akak yang jual tu " ok la kak ..saya nak yang ini la " 




ini lah die barang galang ganti itu ...lin suke sebb 1- bentuk die sebijik dengan yang lin minat tu ...2- sebb dah lama lin cari warna cenggini ...agak susah nak warna cenggini ..kata akak tu limited..hehe tak taw la....beg ni baru seminggu duduk di kedai ni ..dan hanya ada 3 sahaja ...lin dapat 1 :) .. abang pon bayarkan harga beg ini dan kami pon keluar dari butik itu dengan senyum yang teramatlah lebar ( lin je senyum lebar ..abang biasa jek)hehehe...


ok nnt lin sambung lagi yer ..ada lagi kisah seleps dapat membeli barang impian ni A.K.A barang galang ganti ni ...nak mandi n pergi sekolah ni ..daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday 14 September 2011

Merawat Moncici ..

seawal jam 5.30 pagi lin sudah meredah kepekatan subuh yang tak berapa nak pekat dari klang (rumah mak ) pulang  ke rumah di kota damansara.....sedang melayan drive di plus highway tetibe stereng kereta macam kene " pakingson"....bahagian depan kereta shaking macam sedang berjalan diatas jalan yang tidak rata sambil mengeluarkan bunyi "krek..krok...krek...krok.."...risaunya lin ... dan lin dapat agak dah mungkin disebbkan driveshaft kereta tersebut yang telah rosak ....lin gagahkan juga membawa kereta tersebut dan dalam masa yang sama mengurangkan jumlah kelajuan...tapi tadi tak laju mana pon taw....90km/hour jek (kalau tak silap la)..heheh...alhamdulillah ...jam 6 pagi lin pon selamat sampai di flat cecawi, kota damansara....troz naik rumah dannn   ZzzzZZZzzz......


Dalam pukul 6.30 lin bangun semula, terus mandi dan solat seterusnya mencapai kunci kereta..nak gi mana ?? nak p sek keb sek 7 kota damansara untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengawas upsr pada hari ke 2 :) ...punya la debor masa nak bawak kereta tu  takot kejadian dan bunyi yang sama keluar ....gerunnye...:(

Seperti biasa..kereta yang telah sedia "demam" itu mula mengeluarkan bunyi nyaringnya (belting aircond)...-betul ke ejaan ni ?heheh..bantai ...geram betul ..

tak pasal2 lin start bercakap dengan  MONCICI (nama kereta lin ..nama ni diberi oleh cousin lin , cik umie..sebb ni kereta die dulu )..

"moncici...boleh tak jangan nak "menjerit" macam tu lagi?? orang tengok malu taw...cube la jaga air muke org sket ..lin taw la moncici sakit...nnt jap g lin anta la p klinik....skang ni tolong la moncici jangan meragam dulu ...senyap jek....jangan nak jerit2 lagi ...kalau tak lalu kat orang ramai elok plak ko senyap ...kalau lalu depan org je mula la ko nak terjerit2 (merujuk kepada bunyi belting tersebut)..saja je nak memalukan orang kenapa?"....ya Ampun...lega gler bila dah cakap ngn moncici macam tu :) 

sebaik selesai membebel macam tu ..moncici elok lak senyap ...tak jerit2 dah ..pastu tak de macam parkinson dah ~~ paham agaknye die ...

Hari ni budak2 upsr pekse satu kertas jek ...jadi jam 9.15 dah selesai ...aku troz balik dan bawak moncici jumpe doktor....doktor moncici pon test bawak moncici pusing2....bila moncici ke kanan....bunyi...gek...gek.. bila moncici ke kiri bunyi krek..krek...krekkk....lepas tu moncici pon di parking didalam garaj dan diangkat setinggi 6 kaki ....dan doktor menerangkan sakit yang dialami moncici ...

kata doktor drveshaft sebelah kiri moncici sudah rosak ...dan rack end disebelah kanan pon da rosak .....lin pon tepon hubby dan maklumkan ...hubby kata ok, aku pon cakap kat doktor, rawatlah moncici sebaik mungkin...

ini la rupe driveshaft baru sebelah kiri moncici ...(bukan gambo sebenar )hehehe....harag die rm170 sebatang ....


ini plak rupe paras rack end sebelah kanan milik moncici ...harga die sebatang rm70 ..juga bukan gamba sebenar :P

ha,,yang warna biru tu la rack end tadi ...bende ni bersambung dengan stereng shaft ..patut la kene parkinson stereng kete pagi tadi...(betol tak teori saya?)


terasa diri macam mekanik lak ..hehehe..suke jugak blaja pasal kereta ni ..walaupon perempuan ..saya suke menyebok bila hantar moncici kat bengkel ...suke ty itu ini dan tanpa segan silu siap tanya apa fungsi sesuatu componen kereta ...

dan last sekali saya ganti belting ni ....tapi bukan cap ni la...tak perasan cap apa tadi ..harga die rm20 ..

harga ubat2 moncici semuanya bernilai rm260.00 (budget dalam 300 ketas sebenarnya ..ok la kan ??

dan sebenarnya hari ni moncici juga bertuah sebb dapat ganti  minyak gear free dan buat balancing 2 tayar free..hehe..yang minyak gear tu tak sengaja tertuko ..sebb masa doktor tu nak mencabut driveshaft moncici ntah macam mana termuntah minyak ..banyak sangt ...lin tak taw..terus ty .."minyak apa tu?" doktor moncici kata "minyak gear ..haiyya....sudah manyak itam lor.. kasi tuka la ...nnt gear box awak losak lagi susah wo .."
lin pon jawab " brapa harga ?" "rm60 saja ma...." jawab doktor...
lin pon jawab " tak pe la ....nnt2 la husband saya balik saya datang lagi..saya tak bawak duit lebeh  habis yang dah tumpah tu macam mana ?" lin terus bertanya dalam kerisauan ...doktor tu kata die akan top up ...:) maka pada firasat lin minyak yang tertumpah tadi sangt la banyak ....macam habis tumpah semua....bila doktor moncici kata top up ..maknanya ibrat ganti minyak baru la (walaupon diganti minyak cap ayam :P ) jimat kan ...

selesai jek buat pembayaran ...lin terus bawak moncici balik ...gear pon dah smooth ...moncici tak jerit2 lagi ...dan takde lagi bunyi krek...krek... ..alhamdulillah ...lepas ni moncici jangn sakit lagi yer ....:) 

musti anda tertanya2 apakah jenis moncici kan ???

taraaaaaaaaaaa.....ini la moncici saya yang telah banyak berjasa..sayang moncici  ...(juga bukan gambo sebeno ...) kalau moncici saya dah ciap tuko spotrim ..hehe..nnt dah ada camera saya tangkap semuanya GAMBO SEBENAR K :) 

Monday 12 September 2011

Menunggu..

hari ini  genap 7  hari lin menunggu cik abang pulang ...tetibe teringat pulak lagu aishiteru ni dan kisahnya..begini cheriteranya.. ..beberapa hari sebelum ramadhan yg lalu, cik abang lin  kene p belayar ke jepun..jadi , dalam 2-3 hari sebelum die belayar hati lin sangt la gundah gulana.mana tidaknya ..cik abang kata  kami tidak dapat berhubung selama 2 minggu die belayar sebb berada di laut (1st tyme naik kapal..tak buat preperation pon untuk buat roaming or beli kad untuk gune telepon dalam kapal tuh :(   ) ...mula la lin memuncungkan mulut , mencebik , dan menitiskan air mata (padahal lum berpisah lagi tu ) .....mula la terfikir apa yang perlu dilakukan supaya ada kenangan yang boleh dibawa bersama sepanjang tempoh 2 minggu tidak berhubung nnt ..kebetulan di corong2 radio mmg sangt popular lagu ini ...lin pon try la search didalam youtube siap dengan lirik sekali ...bila di belek2 lirik die, sangt la tepat dengan kisah kami yang bakal berpisah beberapa hari lagi ...maka lin pon merakamkan lagu ini didalam handphone (hp saya cap ayam ...takde bloototh..hehehe ) dan lin pon send la lagu yang dirakam ke handphone cik abang ....dan lin pon mula menulis lirik lagu ini didalam kertas kecil dan selitkan didalam wallet cik abang ...:) .. dan lagu ni berulang2 kali lin putarkan dan dengar bersama2 cik abang setiap hari sehinggalah hari cik abang berangkat ..dengar sambil menghayati lirik tu ....berjurai2 air mata ....yer la ...1st tyme nak berpisah macam ni ..baru 2 bulan kawen masa tuh ..heheh.. tapi sangt berbaloi la ....lagu ini sangt bergune bila kami sudah tidak berhubung dalam tempoh 2 minggu itu ..bila rindu jek ..lin akan dengar lagu ni ..begitu juga dengan cik abang ..die kata , bila rindu die pon akan dengar balik lagu ni dan meneliti  lirik yang selitkan didalam wallet die ..

ok ...ini lirik die :P

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saa
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
kembali ke *)
t ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
kembali ke *)

Saturday 10 September 2011

WeLcOmE

Welcome??? yer..selamat datang untuk diri sendiri ke alam penulisan blog...lately terasa sangt sunyi..sepi ...alone....suami keluar negeri lagi :( (keluar dari negeri selangor je..hehehe) ..disebabkan sering ditinggalkan lin  mula terfkir untuk mencari rutin harian yang lebih bermanfaat :) ..sebelum ni rutin harian lin adalah melayan FB ..fb hari2....lama2 bosan gak ..jadi tak salah untuk lin mencube sesuatu yang baru kan ....(walaupon org lain berkurun dah ada blog sendiri ) .. ok daaaaaaaa